Andai Aku Pergi Dulu

     Saban hari aku mengenangkan diriku.Makin hari makin kurang bermaya untuk hidup.Tahap kesihatan pun makin lama makin berbatas cergasnya.Namun aku bersyukur setiap hari kala aku buka mataku, Dia memberi aku satu hari lagi untuk bernafas, untuk menghirup udara milikNya.Alhamdullilah.Sakit bahagian atas tubuhku makin menjadi-jadi. Makin jadi-jadi ketika lewat malam.Kala aku sibuk menelaah buku.Haih… sakit nya Tuhan saja yang tahu.Tapi aku tahu aku dilarang mengeluh,kerana inilah jalan yang aku pilih.Jalan untuk hilangkan sakit yang patut aku hadapi tapi aku perlu berfikir segera.Aku perlukan mindaku bergerak walau aku faham akan membawa celaka pada diriku. Dan kini aku tanggung akibatnya. Tapi aku tidak mengeluh. Akan aku kisahkan satu kisah tentang hidupku.

       Tidak la perlu aku kenalkan diri siapa. Ramai yang mengenali diriku. Pelbagai karakter manusia menilai aku. Biasalah,ini lumrah mata manusia. Kata mereka wajahku garang… huhu.. Aku terima sahaja kehendak Tuhan beri padaku. Kerana itu juga aku tidak pernah untuk menyayangi orang lain. Bukan tidak mahu, tapi aku rasa tidak layak memandang pada rupa luaran , pada poket aku yang hendak disuap mulut sendiri pun tak mampu. Aku hanya tersenyum saja dengan keadaanku. Pernah aku berfikir-fikir yang Tuhan tidak pernah izinkan aku bercinta agar aku mampu membantu manusia lain bercinta. Dan yang lebih menarik aku banyak membantu rakan-rakanku bercinta dalam keadaan aku belum pernah bercinta… amat lucu keadaan itu.

     Pabila aku berumur 21 tahun. Bermula kisah hidup aku. Yang sebelum ini hanya memerhatikan orang lain bercinta.Hati kecil aku meminta untuk dicintai jua. Haih kenapalah aku ikutkan kata-katanya sangat dahulu. Maka bermulalah kisah baru hidup malang aku yang baru. Aku cuba berkenalan dengan jantina berlainan dari aku. huhu.. Sungguh lucu.Aku mula pandai berbual kosong di telefon lama. Sudah pandai membeli baju-baju mahal untuk bergaya. Walhal tak sedar fizikal tak lah sesuai nak bergaya.. hahaha… Kelakar bunyinya.. Dan alih-alih hubungan itu berakhir dengan aku dituduh mempunyai "affair" dengan kekasih orang. hahaha walhal dia tidak memberitahu aku dia kekasih orang lain..tak mengapa.Biasalah lumrah hidup.

      Haha. aku mulakan perenggan ni dengan ketawa. Setiap hari aku mula sakit kepala. Dan tahniah aku ada migrain. Pada mulanya aku ambil panadol. Tetapi lama-lama panadol tidak membawa kesan. Dan aku mula pandai ambil Pain Killer. Untuk semata-mata hilangkan sakit kepalaku. Aku perlu sakit itu hilang, kerana aku perlu menelaah buku.Buat yang tahu, Ponstan. Juga dikenali NSAIDs ( non-steroidial Anti Inflammatory Drugs ) hehe… rasanya "yummy". Dan bermula hari itu, Sakit kepala sedikit pun aku ambil Ponstan. Bagai kawan baik baruku.Dan aku mampu makan pil tanpa air sekarang… huhu… hebat sekali tahap aku perlukan Pain killer.

      Tapi tidak pernah putus asa mencari cinta sejati. Banyak jenis manusia aku jumpa sepanjang masa itu. Pelbagai ragam manusia aku kenali. Dari yang bercinta dengan orang sudah berkeluaga, orang yang hilang keyakinan pada jantina berlawanan, siapa lagi? semua sudah aku lalui. Dan selepas setahun aku berjanji tidak mahu bercinta lagi. Sakit sungguh rasanya. Tiada lagi ruang hatiku untuk dilukai.Penuh dengan luka hati. Dan masih ada yang berdarah lagi hingga kini. Ada yang datang meminta maaf. Aku faham siapa tidak mahukan pasangan nya hebat dan menawan.Tiap manusia mahu berbangga dengan kekasih yang mereka perolehi.Itu la sikap manusia aku faham.

      Maka aku tetapkan hati tidak akan mencari cinta lagi. Serik. Serik amat-amat. Bersumpah pada hati tidak akan membuka hati diri sendiri lagi. Untuk terima orang lain lagi dengan meminta cinta. Aku merayu, merintih malah mengemis cinta yg sejati. Tapi selalunya gagal.. hahaha… Padan muka pada diri sendiri . Saban hari makin banyak pil aku ambil. dan yang lebih menarik pil itu tidak lagi dapat menhilangkan sakit di kepalaku lagi.. Sudah hilang fungsi ubat itu.Aku kunci pintu hati dan berkata pabila datang satu manusia datang meminta aku buka pintu hati aku. Maka aku akan hormati niat baik manusia itu. Dan lembaran baru dibuka pabila ada yang meminta pintu hati ini dibuka.Walaupun aku tidak tahu pada ketika itu apakah tujuan dia meminta hatiku dibuka. Maka inilah kisah yang lebih rumit lagi.

to be continued…………..

Leave a Reply