Andai Aku Pergi Dulu :PART II:

      Kisah ini bermula beberapa bulan yang lepas.Kisah baru yang tak pernah sama sekali aku rancang aku berlaku. Tidak seperti mana-mana kisah yang lain yang mana aku sendiri yang cipta, yang aku sendiri yang mahukan ia berlaku. Maka kisah ini bermula dengan perkenalan aku dengan seorang gadis. Cantik orangnya, manis senyumannya. Dikenalkan kawannya padaku. Untuk sama-sama menjadi rakan baik. Aku masih ingat saat itu. 6th May 2007. Di pagi hari aku terjaga dari tidurku. Ada pesanan ringkas di komputerku. Datang dari rakanku. Yang baru aku kenal hmmmm 2-3 minggu lepas. "Ade orang nak berkenalan" katanya. "Kawan saya dari kecil". huhu . "Apa salahnya kalau nak berkenalan….. boleh je saya tiada masalah nak berkenalan pun. Tambah je la kawan kan bagus"

"Saya dah suruh dia add awak Nanti chat la ngn die k. huhu Dia ade webcam".

       Aku yang memang tak ada kerja pagi-pagi pun tak kisah kalau ada yang hendak berkenalan.Aku pun kata "boleh". Maka keluar adding permission dari gadis ini. Aku pun approve tanpa memikir panjang.Lalu aku pun menegur dia. "hi", sapaan aku. Owh ya, untuk pengetahuan semua aku ada mesyuarat Kelab UMNO cawangan sini pada hari tersebut dan guess what aku tidak pergi kerana asyik chatting dengan gadis ini.. huhu.. Lucu sekali ingatan aku ketika itu. "Kau nak aku tapau ke makanan lebih-lebih nanti ? " sapa Posto teman sebilik ku. huhu.. "ikut suke ko la" , balasku. Maka bermula lah perkenalan aku dengan nya. Dia memperkenalkan dirinya padaku. Sama jua aku perkenalkan diriku padanya. Kami rancak berborak dan terus terang aku katakan aku amat meminati wajahnya yang cantik. Tapi bisik hatiku ah… perempuan cantik macam ini mesti ada yang berpunya atau jika belum pun, mesti dia mencari yang kacak-kacak sahaja.

      Kami berkawan baik selepas itu. Hampir hari-hari kami berchatting sambil membuka ‘webcam’. Berkawan sangat rapat. Banyak air matanya dia alirkan di depanku. Aku menjadi hairan. Siapakah gerangan perempuan ini. Kami hanya kawan biasa sahaja. Kenapa banyak sekali kisah hidup nya dia kisahkan. Tapi aku layan je la. Tiada apa-apa pun aku nak lakukan. Kadang-kadang seronok pula dengar kisah hidup orang lain. Sampai la satu hari, tiba-tiba gadis ini menghilang. Katanya padaku dia banyak masalah. Ingin hadapi sendiri masalah itu. Dan bagiku, biarlah itu hidupnya,bukan hidupku. Ku teruskan hidup aku sendiri.Dan aku pulang ke tanah air untuk cuti 2 bulan.

       Sesampai sahaja aku ke tanah air.Aku pun menghubungi gadis ini. Tentang pulangnya aku ke tanah air. Bukan main gembira mendengar suaraku. Tika itu magrib berkumandang taktala aku sampai ke kampung halamanku.Aku minta izin untuk ke masjid dahulu. Maka dengan harapan ada panggilan akan dibuat padaku atau mungkin khidmat pesanan ringkas (sms) dihantar. Mungkin jua. Jika dia benar-benar berminat berkawan denganku.Maka kami berkawan dan akhirnya jatuh cinta. Dipendekkan kisah ini. huhu. Telah kubawa berjumpa ibuku, ayahku dan seluruh keluargaku. Hubungan kami makin rapat dan saling menyayangi. Walaupun aku samar-samar dengan latar belakangnya. Tapi itu masa lepasnya. Kenapa aku perlu tahu jika dia sekarang bukan dia yang dahulu bisik hati kecilku.

       Genap sudah cutiku berakhir. Aku perlu pulang ke negara orang untuk menyambung pelajaran. Tangis mataku dan dia. Untuk menerima erti perpisahan ini. Haih aku tahu ini akan berlaku.Perlu berpisah walau aku ketika itu masih belum puas bermanja dengannya.  Akan bahagiakah dia sepermergian aku ke sana? tanya hatiku. Siapa nak menjaga dia kala aku tiada? Bagaimana hidupnya tanpa aku nanti? Lama jua aku akan tinggalkan dia. Sanggupkah dia tunggu aku kembali? Marah dirinya padaku bila aku persoalkan semua ini. Katanya dia akan tunggu aku kembali. Maklumla, akau faham semua orang perlukan teman hidup di sisi bukan nya satu panggilan telefon. Tidak sama nilainya. Untuk kuatkan diriku meninggalkan dirinya, aku paksa hatiku untuk terima kata-katanya.

       Maka aku pulang ke sini semula……..

to be continued…………….

Leave a Reply