Archive for December, 2007

Akhir hidup seorang Wanita Penggoda

Monday, December 24th, 2007

Salam..Arini ab nak berkongsi cerita ttg Zulaika Dan Nabi Yusuf pulak..

Kalau kite bace kisah zulaika dalam Al-Quran memang menarik, beliau di gambarkan seorang wanita yg tertarik dgn kecantikan Nabi Yusuf,sejak kecil yusuf dipelihara oleh zulaika sebagai anak angkat.Dia diberi didikan dengan penuh kasih saying dan hidup dlm keadaan mewah dan senang.Nabi Yusuf meningkat dewasa dan membesar sebagai jejaka yang tegap,tampan dan akhlaknya yg mulia telah menukar kasih sayangnya menjadi cinta seorang wanita kpd seorang lelaki..keinginannya semakin kuat utk selalu sentiasa berada disamping Yusuf.Zulaika cuba menahan perasaanya,namun semakin dilawan semakin menjadi-jadi keinginannya

      

                 ***********Gejolak Berahi Yang Mendalam**********

Zulaika tak sanggup menunggu lebih lama lagi.Dia menyimpan pelbagai khayalan dan cita2 curangnya.mayb itu sudah menjadi tabiat semulajadi wanita ketika mengidamkan sesuatu yg bernama hawa nafsu dan kali ini dia nekad utk merealisasikan segala khayalannya itu..setelah mnghias dirinya secantik mungkin dan memakai wangi-wangian,zulaika meminta pelayannya utk panggil Nabi yusuf menghadapnya.Zulaika pasti suaminya tak kan pulang malam itu,Nabi Yusuf pulak hairan mengapa dia dipanggil mlm2 begitu, tentu adahal yg mustahak sangkanya dlm hati.Dia pun mengetuk pintu zulaika, zulaika yg mmg sudah lama menanti kehadirannya terus saja mempelawa dia masuk dn menutup pintu kembali. Nabi Yusuf masuk dan dia agak terkejut dengan keadaan zulaika yg berpakaian nipis menggoda dan bilik yg harum semerbak, Nabi Yusuf teerasa bagaikan memasuki bilik pengantin.Perasaannya half terperanjat dan half lagi takut.Zulaika cuba mendekati Nabi yusuf setapak dia mendekatinya setapak nabi Yusuf Kebelakang “jangan kau cuba menjauhi diriku, aku hampir binasa krn rindu pada mu” Nabi Yusuf diam tanpa jawapan. “aduhai yusuf betapa indahnya rambut mu….” Zulaika cuba menggoda

“inilah Sesuatu yg pertama kali akan berhamburan dari tubuh ku bila aku mati nanti” jawab Yusuf Tegas

“Yusuf batapa indahnya kedua mata mu” pujuk zulaika lagi

“kedua ini adlah benda yg pasti akan terlepas drpd ku dan akan mengalir dimuka bumi ini” Jawab Nabi Yusuf

Zulaika berkata lagi dan menghmpirinya lagi,tangannya menyentuh wajah Nabi Yusuf “betapa tampanya wajah mu yusuf dan bibir mu yg indah buat hatiku gelisah”

“tanah kelak akan melumatkanya” jawab Yusuf selamba

“telah terbuka tubuhku kerana ketampanan mu wahai yusuf dan segalanya milik mu” kata zulaika manja sambil memeluk Nabi yusuf erat

“syaitan menolong mu utk berbuat hal itu” kata nabi yusuf,sambil menolak zulaika ketepi,wajahnya pucat dan tubuhnya menggeletar ketakutan

“yusuf! Bagaimana pun aku harus mendapatkan apa yg selama ini ku dambakan dan kini engkau dtg kerananya”  Yusuf menjawab “kemanakah aku akan lari dari murka Allah jika aku menderhakaiNya”

Walaupun dipujuk rayu yusuf tetap mempertahankan maruahnya.Zulaika tak berputus asa dia tetap juga ingin memeluk Nabi yusuf.Nabi yusuf melarikan dirinya ke pintu.Zulaika yg hilang pertimbangan mengejar Nabi Yusuf dari belakang dan tanganya sempat menarik baju Yusuf sehingga terkoyak.

Ketika itu muncul Al-Aziz dan saudara sepupunya di ambang pintu.

  Dengan serta merta Zulaika berkata:

“Apakah hukuman bagi org yg berbuat serong terhadap isteri mu selain dipenjarakan dan diseksa dgn seksaan yg pedih?’’ sengaja zulaika berkata begitu supaya menunjukkan nabi Yusuf yg bersalah.

Al-Aziz sgt marah tapi tak tergamak  mengatakan Nabi Yusuf yg bersalah.Dia tahu nabi yusuf pemuda yg taat,patuh dan baik.

Nabi yusuf hanya mendiamkan diri bila dirinya difitnah.Diserahkan segalanya kpd Allah utk menghukum siapa yg benar dan salah diantara mereka.Dengan takdir Allah bayi yg masih menyusu,anak kpd sepupu zulaika tiba2 berkata:

  “jika bajunya koyak dibahagian hadapan, wanita itulah yg benar dan Yusuf termasuk org yg dusta.dan jika bajunya koyak dibahagian belakang maka perempuan itulah yg dusta dan yusuf termasuk org2 yg benar”

          Inilah diantara tujuh org bayi ajaib yg Allah izinkan boleh bercakap.

Al-Aziz segara memeriksa,di dapati baju Yusuf koyak dibahagian belakang.bersihlah Nabi Yusuh dari segala tuduhan.manakala Al-Aziz meminta Nabi Yusuf merahsiakan perkara tersebut

          Setelah Nabi Yusuf pergi, Al-Aziz berkata: “sesungguhnya inilah tipu muslihat mu,yg dasyat mohon ampunlah atas dosa mu itu, krn sesungguhnya kamu trmasuk org2 yg berbuat mungkar dan dosa”

     Zulaika x dpt menahan kemarahannya, hatinya masih sakit krn Nabi Yusuf  tdk mau melayannya. “celaka kamu wahai yusuf” katanya didalam hati “Aku tdk akan melepaskan mu, Aku akan mencari jalan utk memperdayakan mu hingga engkau memenuhi kehendak ku.”

     Al-Aziz kedudukannya sebagai suami mula tercabar.apalah maknanya klu jawatan perdana memteri di sandang tetapi isterinya berlaku curang.Dia tahu isterinya masih menyimpan perasaan terhadap Yusuf

     Urusan Negara terpaksa dikurangkan,dicuba memujuk dan member peerhatian kpd zulaika.Tetapi zulaika tetap menunjukkan kebenciannya.Al-Aziz akui dia tak dpt memenuhi kehendak zulaika, dia tak mampu melayannya inikan pula memberikan zuriat..Usianya yg sudah lanjut sedangkan zulaika masih muda lagi.peristiwa yg terjadi benar2 menkutkan dirinya.

   Dikalangan masyarakat Mesir, peristiwa itu sudah tdk menjadi rahsia lagi.Dalam setiap perbualan,tiada kisah lain yg dibentangkan tak lain tak bukan kisah isteri Al-Aziz dan Nabi Yusuf.Akhirnya berita itu diketahui oleh zulaika.Hatinya bagai dihirid,dulu namanya disebut2 kerana kecantikannya,kedudukannya dan darjatnya sebagai isteri kpd perdana menteri,tetapi kini ejakan dan hinaan yg amat memalukan sedang menimpanya.

****************************Menebus Rasa Malu******************************

Zulaika menebus rasa malunya itu dengan mengadakan majlis makan malam.Dalam majlis itu hanya disediakan berbagai jenis buah2an

Tetamu yg hadir terdiri daripada isteri2 pembesar dan pemimpin setempat.masing2 diberi sebilah pisau tajam utk memotong buah.

Ketika wanita2 itu sedang sibuk memotong buah.nabi Yusuf dipanggil oleh zulaika utk memperlihatkan dirinya dihadapan wanita2 tersebut.

Wanita2 tesebut semuanya tercengang2 dan kehairanan melihat ketampanan Nabi Yusuf yg bagaikan bulan purnama menerangi kegelapan malam.

      Sehingga tidak sedar mereka memotong jari2 mereka ada yg berdarah dan hampir putus jari2 mereka..dan mulut mereka berkata.”sesungguhnya ini sama sekali bukan manusia tetapi adalah malaikat yg mulia!”

      Wajah zulaika yg manis melayan tetamu kini bertukar nenjadi merah padam.Dendamnya telah terbalas, setelah ditegur oleh zulaika, smua wanita di situ memandang antara satu sama lain.kini barulah mereka terasa pedihnya luka di jari.Ada yg menjerit kesakitan dan ada yg pengsan.Zulaika menempelak wanita2 yg menghiris jari mereka sendiri krn terpukau pada Nabi Yusuf dengan hanya sekali imbas memandangnya sahaja.

“memang benar aku mencintai Yusuf.aku tergila2 kpd ketampananya.dia telah dibesarkan dihadapan mataku sendiri.aku menyaksikan pertumbuhannya hari demi hari.Dia duduk bersamaku di bawah satu bumbung.aku sentiasa meliahat cahaya dan sinar yg sentiasa terpancar dari wajahnya…memang aku tidak malu mengatakan yg aku sgt cinta padanya dan aku sgt menginginkannya.aku sanggup menjadi hina dan rendah demi mencapai segala yg ku idam2kan…akan tetapi malangnya nasib ku, dia tidak mahu menuruti segala permintaan ku, dan sekarang jika dia masih enggan mentaati apa yg ku perintahkan.akan ku humbankan dia ke dalam penjara, biar dia menjadi org yg hina! “

      Wanita2 itu cuba memujuk Nabi Yusuf supaya menurutkan kehendak zulaika agar terselamat dari tuduhan dan tercampak kedalam penjara.

Nabi Yusuf ternyata tak mudah dipengaruhi.dengan berlindung kpd Allah,Baginda berkata:

  “Tuhanku penjara lebih kusukai,daripada memenuhi ajakan mereka kpdku,jauhkan aku dari tipu daya mereka”

    Sewaktu Nabi Yusuf dibawa keluar dari pintu istana utk dipenjarakan, Zulaika memerhatikannya dari jauh.Dia merasakan seolah2 sebahagian dari hatinya telah tercabut.Terasa badannya lemah dan tak bermaya..walaupun dialah yg memaksa suaminya utk memenjarakan Nabi Yusuf

***************************Cinta Yang tak Kunjung Padam**********************

Hari demi hari berlalu, rasa sedih, kecewa, kesal,derita, merana dan putus asa mewarnai kehidupan zulaika.Walaupun Nabi yusuf tiada,cintanya pada nabi yusuf tak pernah Padam.Hari2 yg berlalu dirasakan bertahun2.Fikirannya semakin lama semakin kacau.akhirnya zulaika hilang pertimbangan.kekuatan perasaan telah mengatasi akalnya.suaminya hanya dpt menasihati dan berusaha utk menyembuhkan zulaika yg semakin teruk itu.Akhirnya Al-Aziz yg tak dpt lagi menanggung malu itu terpaksa menceraikan zulaika.

Keadaan zulaika tidak terurus lagi.Kecantikan yg dibanggakan dulu kini hilang.Dia duduk di tepi2 jalan sambil tangannya mengira butiran2 pasir dan bibirnya tdk putus2 menyebut nama Nabi Yusuf

    Berkat kesabaran Nabi Yusuf menghadapi ujian dan melawan hawa nafsunya,akhirnya Allah memberi penghoramatan padanya di dunia lagi.setelah hampir bertahun2 lamanya dipenjara,raja telah mengeluarkannya.Dia diangkat menjadi menteri krn kepandaiannya

Mentafsir mimpi.

Suatu hari sedang Nabi yusuf berjalan ditepi pasar,dia ternampak seorang perempuan separuh gila yg tdk henti2 menyebut namanya.itulah zulaika.dengan mukjizat yg dikurniakn kpd Nabi Yusuf.Zulaika Berjaya dipulihkan dan akhirnya beriman kpd Allah swt.Allah yg bersifat pemurah lagi amat mengasihani mengembalikan paras rupa zulaika menjadi muda dan cantik semula, lalu berkahwinlah mereka.

        Zulaika sudah jauh berubah, Zulaika kini adalah seorang yg taat kpd Allah.setiap masanya dihabiskan utk berbakti kpd Allah.Dia sgt terhutang budi kpd Allah krn masih mahu menyelamatkannya.Setiap detik hatinya merasakan dirinya hamba yg serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dlm semua keadaan…..

         Dulu cintanya pada Nabi Yusuf hanyalah berdasarkan nafsu semata2.kini Nabi Yusuf hanyalah alat utk menyampaikan cintanya kpd Allah.Dia lebih suka menyendiri dari manusia bahkan dari Nabi Yusuf sendiri..Masa 24 jam sehari semalam rasanya tidak cukup  untuk dia beribadah,bermunajat, bercakap2 dan tenggelam dalam mengingati Allah.Manusia dan dunia baginya tdk member erti lagi sekalipun suaminya.kalau Nabi Yusuf berhajat padanya di siang hari dengan lembut dia akan menangguhkan sehingga ke malam.Tetapi apabila Nabi Yusuf mengajaknya pada waktu malam dia akan menangguhnya sampai ke pagi.

         Dia tdk bermaksud menderhakai suaminya.Hatinya telah tawar pada keinginan nafsu syahwat.Dia berkata kpd nabi Yusuf “wahai suamiku, sebenarnya aku telah menyintaimu sebelum aku mengenal Dia.Tapi setelah aku mengenal-Nya, kecintaan kpd Nya tidak memberi tempat selainNya.Aku tidak menginginkannya  selainNya.”

          Sampai satu keadaan, Nabi Yusuf menarik baju zulaika yg asyik duduk disejadah supaya memenuhi hajatNya.Inilah  qisas yg Allah tunjukkan, dulu Zulaika menarik baju Nabi Yusuf kini keadaan telah terbalik

          Begitulah nafsu kalau belum mengenal Tuhannya dia sanggup berbuat apa saja.Tetapi bila nafsu telah mengenal Tuhannya ketika itu tidak ada yg lain selainNya.Tuntutan nafsu akan dilepaskan sesuai menurut syariat

          Nabi Yusuf memujuk zulaika supaya menyedari tanggungjawab sebagai isteri,antara lain katanya:

          “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan aku dengan perbuatan itu dan mengkhabarkan padaku bahawa Dia akan mengeluarkan dari mu dua org putera serta dia akan memjadikan keduanya Nabi dari keturunan ku.”

          Mendengarkan itu zulaika sedih dan hiba,dengan nada yg sayu dan hiba dia berkata: “Kalau Allah memerintahkan engkau dengan itu dan menjadikan aku sebagai jalan perantaraanNya,maka itu juga satu perbuatan taat kpd Allah.maka sebagai isteri aku taat dan patuh kepadamu.

          Ketika itu kehidupan mereka menjadi tenang semula,setelah masing2 tahu tanggungjawab sendiri.Hasil pergaulan suami isteri yg soleh dan solehah itu,Allah kurnikan mereka anak2 penyambung perjuangan mereka bagi meneruskan perjuangan memerdekakan umat dari belenggu nafsu  dan syaitan…. Sekian sahaja cerita ab utk hari ini..semoga kalian semua mendapat lesson dari kisah ini..salam

Andai Aku Pergi Dulu :PART II:

Monday, December 17th, 2007

      Kisah ini bermula beberapa bulan yang lepas.Kisah baru yang tak pernah sama sekali aku rancang aku berlaku. Tidak seperti mana-mana kisah yang lain yang mana aku sendiri yang cipta, yang aku sendiri yang mahukan ia berlaku. Maka kisah ini bermula dengan perkenalan aku dengan seorang gadis. Cantik orangnya, manis senyumannya. Dikenalkan kawannya padaku. Untuk sama-sama menjadi rakan baik. Aku masih ingat saat itu. 6th May 2007. Di pagi hari aku terjaga dari tidurku. Ada pesanan ringkas di komputerku. Datang dari rakanku. Yang baru aku kenal hmmmm 2-3 minggu lepas. "Ade orang nak berkenalan" katanya. "Kawan saya dari kecil". huhu . "Apa salahnya kalau nak berkenalan….. boleh je saya tiada masalah nak berkenalan pun. Tambah je la kawan kan bagus"

"Saya dah suruh dia add awak Nanti chat la ngn die k. huhu Dia ade webcam".

       Aku yang memang tak ada kerja pagi-pagi pun tak kisah kalau ada yang hendak berkenalan.Aku pun kata "boleh". Maka keluar adding permission dari gadis ini. Aku pun approve tanpa memikir panjang.Lalu aku pun menegur dia. "hi", sapaan aku. Owh ya, untuk pengetahuan semua aku ada mesyuarat Kelab UMNO cawangan sini pada hari tersebut dan guess what aku tidak pergi kerana asyik chatting dengan gadis ini.. huhu.. Lucu sekali ingatan aku ketika itu. "Kau nak aku tapau ke makanan lebih-lebih nanti ? " sapa Posto teman sebilik ku. huhu.. "ikut suke ko la" , balasku. Maka bermula lah perkenalan aku dengan nya. Dia memperkenalkan dirinya padaku. Sama jua aku perkenalkan diriku padanya. Kami rancak berborak dan terus terang aku katakan aku amat meminati wajahnya yang cantik. Tapi bisik hatiku ah… perempuan cantik macam ini mesti ada yang berpunya atau jika belum pun, mesti dia mencari yang kacak-kacak sahaja.

      Kami berkawan baik selepas itu. Hampir hari-hari kami berchatting sambil membuka ‘webcam’. Berkawan sangat rapat. Banyak air matanya dia alirkan di depanku. Aku menjadi hairan. Siapakah gerangan perempuan ini. Kami hanya kawan biasa sahaja. Kenapa banyak sekali kisah hidup nya dia kisahkan. Tapi aku layan je la. Tiada apa-apa pun aku nak lakukan. Kadang-kadang seronok pula dengar kisah hidup orang lain. Sampai la satu hari, tiba-tiba gadis ini menghilang. Katanya padaku dia banyak masalah. Ingin hadapi sendiri masalah itu. Dan bagiku, biarlah itu hidupnya,bukan hidupku. Ku teruskan hidup aku sendiri.Dan aku pulang ke tanah air untuk cuti 2 bulan.

       Sesampai sahaja aku ke tanah air.Aku pun menghubungi gadis ini. Tentang pulangnya aku ke tanah air. Bukan main gembira mendengar suaraku. Tika itu magrib berkumandang taktala aku sampai ke kampung halamanku.Aku minta izin untuk ke masjid dahulu. Maka dengan harapan ada panggilan akan dibuat padaku atau mungkin khidmat pesanan ringkas (sms) dihantar. Mungkin jua. Jika dia benar-benar berminat berkawan denganku.Maka kami berkawan dan akhirnya jatuh cinta. Dipendekkan kisah ini. huhu. Telah kubawa berjumpa ibuku, ayahku dan seluruh keluargaku. Hubungan kami makin rapat dan saling menyayangi. Walaupun aku samar-samar dengan latar belakangnya. Tapi itu masa lepasnya. Kenapa aku perlu tahu jika dia sekarang bukan dia yang dahulu bisik hati kecilku.

       Genap sudah cutiku berakhir. Aku perlu pulang ke negara orang untuk menyambung pelajaran. Tangis mataku dan dia. Untuk menerima erti perpisahan ini. Haih aku tahu ini akan berlaku.Perlu berpisah walau aku ketika itu masih belum puas bermanja dengannya.  Akan bahagiakah dia sepermergian aku ke sana? tanya hatiku. Siapa nak menjaga dia kala aku tiada? Bagaimana hidupnya tanpa aku nanti? Lama jua aku akan tinggalkan dia. Sanggupkah dia tunggu aku kembali? Marah dirinya padaku bila aku persoalkan semua ini. Katanya dia akan tunggu aku kembali. Maklumla, akau faham semua orang perlukan teman hidup di sisi bukan nya satu panggilan telefon. Tidak sama nilainya. Untuk kuatkan diriku meninggalkan dirinya, aku paksa hatiku untuk terima kata-katanya.

       Maka aku pulang ke sini semula……..

to be continued…………….

Andai Aku Pergi Dulu

Sunday, December 16th, 2007

     Saban hari aku mengenangkan diriku.Makin hari makin kurang bermaya untuk hidup.Tahap kesihatan pun makin lama makin berbatas cergasnya.Namun aku bersyukur setiap hari kala aku buka mataku, Dia memberi aku satu hari lagi untuk bernafas, untuk menghirup udara milikNya.Alhamdullilah.Sakit bahagian atas tubuhku makin menjadi-jadi. Makin jadi-jadi ketika lewat malam.Kala aku sibuk menelaah buku.Haih… sakit nya Tuhan saja yang tahu.Tapi aku tahu aku dilarang mengeluh,kerana inilah jalan yang aku pilih.Jalan untuk hilangkan sakit yang patut aku hadapi tapi aku perlu berfikir segera.Aku perlukan mindaku bergerak walau aku faham akan membawa celaka pada diriku. Dan kini aku tanggung akibatnya. Tapi aku tidak mengeluh. Akan aku kisahkan satu kisah tentang hidupku.

       Tidak la perlu aku kenalkan diri siapa. Ramai yang mengenali diriku. Pelbagai karakter manusia menilai aku. Biasalah,ini lumrah mata manusia. Kata mereka wajahku garang… huhu.. Aku terima sahaja kehendak Tuhan beri padaku. Kerana itu juga aku tidak pernah untuk menyayangi orang lain. Bukan tidak mahu, tapi aku rasa tidak layak memandang pada rupa luaran , pada poket aku yang hendak disuap mulut sendiri pun tak mampu. Aku hanya tersenyum saja dengan keadaanku. Pernah aku berfikir-fikir yang Tuhan tidak pernah izinkan aku bercinta agar aku mampu membantu manusia lain bercinta. Dan yang lebih menarik aku banyak membantu rakan-rakanku bercinta dalam keadaan aku belum pernah bercinta… amat lucu keadaan itu.

     Pabila aku berumur 21 tahun. Bermula kisah hidup aku. Yang sebelum ini hanya memerhatikan orang lain bercinta.Hati kecil aku meminta untuk dicintai jua. Haih kenapalah aku ikutkan kata-katanya sangat dahulu. Maka bermulalah kisah baru hidup malang aku yang baru. Aku cuba berkenalan dengan jantina berlainan dari aku. huhu.. Sungguh lucu.Aku mula pandai berbual kosong di telefon lama. Sudah pandai membeli baju-baju mahal untuk bergaya. Walhal tak sedar fizikal tak lah sesuai nak bergaya.. hahaha… Kelakar bunyinya.. Dan alih-alih hubungan itu berakhir dengan aku dituduh mempunyai "affair" dengan kekasih orang. hahaha walhal dia tidak memberitahu aku dia kekasih orang lain..tak mengapa.Biasalah lumrah hidup.

      Haha. aku mulakan perenggan ni dengan ketawa. Setiap hari aku mula sakit kepala. Dan tahniah aku ada migrain. Pada mulanya aku ambil panadol. Tetapi lama-lama panadol tidak membawa kesan. Dan aku mula pandai ambil Pain Killer. Untuk semata-mata hilangkan sakit kepalaku. Aku perlu sakit itu hilang, kerana aku perlu menelaah buku.Buat yang tahu, Ponstan. Juga dikenali NSAIDs ( non-steroidial Anti Inflammatory Drugs ) hehe… rasanya "yummy". Dan bermula hari itu, Sakit kepala sedikit pun aku ambil Ponstan. Bagai kawan baik baruku.Dan aku mampu makan pil tanpa air sekarang… huhu… hebat sekali tahap aku perlukan Pain killer.

      Tapi tidak pernah putus asa mencari cinta sejati. Banyak jenis manusia aku jumpa sepanjang masa itu. Pelbagai ragam manusia aku kenali. Dari yang bercinta dengan orang sudah berkeluaga, orang yang hilang keyakinan pada jantina berlawanan, siapa lagi? semua sudah aku lalui. Dan selepas setahun aku berjanji tidak mahu bercinta lagi. Sakit sungguh rasanya. Tiada lagi ruang hatiku untuk dilukai.Penuh dengan luka hati. Dan masih ada yang berdarah lagi hingga kini. Ada yang datang meminta maaf. Aku faham siapa tidak mahukan pasangan nya hebat dan menawan.Tiap manusia mahu berbangga dengan kekasih yang mereka perolehi.Itu la sikap manusia aku faham.

      Maka aku tetapkan hati tidak akan mencari cinta lagi. Serik. Serik amat-amat. Bersumpah pada hati tidak akan membuka hati diri sendiri lagi. Untuk terima orang lain lagi dengan meminta cinta. Aku merayu, merintih malah mengemis cinta yg sejati. Tapi selalunya gagal.. hahaha… Padan muka pada diri sendiri . Saban hari makin banyak pil aku ambil. dan yang lebih menarik pil itu tidak lagi dapat menhilangkan sakit di kepalaku lagi.. Sudah hilang fungsi ubat itu.Aku kunci pintu hati dan berkata pabila datang satu manusia datang meminta aku buka pintu hati aku. Maka aku akan hormati niat baik manusia itu. Dan lembaran baru dibuka pabila ada yang meminta pintu hati ini dibuka.Walaupun aku tidak tahu pada ketika itu apakah tujuan dia meminta hatiku dibuka. Maka inilah kisah yang lebih rumit lagi.

to be continued…………..

CinTA LuaR biAsA MeRekA

Sunday, December 16th, 2007

Apa yg sy nak story n kongsikan ni bukanlah cerita cinta biase..tp luar biasa..tak dpt nk agak ape yg sy nak ceritakan..sama sekali bukan cerita cinta sy…nak tau? Klu nak tau bacelah dan renungkan dalam2..cerita dia mcm ni.. adlah satu hari tu sy dan kwn2 pergilah shoping utk raye..bila dah masuk waktu zuhur tu pergi lah surau..punyalah ramainyer org time cuti tu..jd lepas jer sy siap solah sy pun tunggu kat luar.Tngah duk menunggu tu dtglah sepasang suami isteri dgn seorang baby dlm kete sorong.si isteri duduk sebelah sy..sy terpana sbentar melihatkn kemesraan mereka..si suami seorang buta,orgnyer agak gempal, berkulit sawo matang dan berambut kerinting..baby depa lak alahai comel sngat2..mcm anak jepun..tiba2 trdengar suara si isteri berbicara lembut “abg pergilah smbahyang dulu..biar ayang jaga kimi dulu..kite bergilirlah yer…” mmmh…suaminya mengangguk..sayang lepas smbahyang kite makan..abg laparlah..kate suaminyer pula.. si isteri pun berbisik manje “abg cepatlah masuk smbahyang dulu..ayang tunggu” aduhai syahdunyer sy mndengarnyer.. bertuahnyer abg buta tu..klu lah dia dpt melihat yg menjadi surinya wanita yg cantik..berwajah lembut, kulit yg bersih ade sinar iman diwajahnyer..sejuk mate sy ni memndang.walaupun si isteri tu sumbing sedikit dan tempang..tp bagi sy dia sgt sempurna.begitu juga anak depa sempurna sifat..bijak dan comel..sy memberanikan diri menegurnye dan akhirnye kami berborak.si baby comel tu name dia Hakimi..kakak tu tukang masak di restoran..suaminya berniaga kecil2lan..tatkala itu sy terpikir atas dasar ape mereka bercinta? Atas dasar fizikal? Mane mungkin..si abg buta bukan dpt melihat kecantikan isterinya hanya dpt merasai ketulusan si isteri saje.. dan abg tu pun biasa2 sahaja dan serba kekurangan fizikalnye..tp atas dasar ape mereka saling jatuh cinta dan tertarik?  Zaman sekarang.. klu tak cun tak kacak..susah sket.. ade yg tu poket mesti penuh klu tak no more love lah weh…susah nk ckplah..renung2kanlah kan.. berbalik pada cerita td..mungkin ini lah cinta kerana Allah.. cinta tulus suci..alahai indahnya cinta mereka ini..tanpa kata, tanpe sandaran fizikal cinta tetap cinta..hati tetap menyatu..mcm kite2 yg normal ni.. mata bertemu mata lalu turun kehati..tp depa hati bertemu hati..mata depalah tu hati “mata hati” syg jer kakak tu kat si suami dia yg buta ni..dipimpin tangan suaminya..dibisikkan kate2 syg dan lemah lembut tingkah lakunyer..rasenye zaman sekarang susah nak jumpe wanita dan lelaki mcm ni kan..byk benda yg kt boleh belajar dan fikirkan kan? Kepada sahabat2 yg sedang bercinta..kpd pasangan2 suami isteri semoga hubungan yg terbina berkekalan hingga keSyurga..sesungguhnya manusia akan bercinta lagi di syurga..tempat pertama yg melahirkan rase cinta dan ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yh tak terhingga..dan bila dua hati yg suci, ikhlas, penuh taqwa dan tawaduk bertaut menjadi satu..hanya merekalah yg sbenar2nye memiliki cinta puncak kenikmatan dan kebahagian syurga dunia sejati..

air mata ibu kita

Saturday, December 15th, 2007

Satu masa dulu saya diminta utk mnghadirkan diri memberi  sokongan kpd sepupu2  di hari sukaneka tadika depa,mengingatkan suasana kat sana saya terpanggil utk share story ni dgn u’all smua…pada hari tersebut jumlah kedatangan para2 ibu mmg membanggakan.sokongan yg diberipun mmg cukup gempak dan member impact yg hebat,sy teerlihat sekumpulan ibu yg menjerit2 kpd anak2 mereka  tapi anak2 yg comel sedang meniup belon tu kalihatan tenang jer..tp ibu2 mereka yg comel tu mnjerit2 minta anak2 mereka tiup belon cepat2 sambil tangan,kepala,pinggang,bahu,punggung dan segalanya turut bergoyang2..gelihati sy melihatnya..mcm dia pulak yg sedang meniup belon bertanding… Comel btul ibu2 td..lagi tu ada acara memakan buah epal dan lari dalam guni….sedang si anak cuba memakan buah epal si ibu diluar gelanggang sibuk mengunyah angin lebih teruk dari si anak mengunyah epal,ternganga2  mulut depa mengajuk anak2 depa..dah tu anak2 yg sedang berlari dalam guni si ibu pun turut berlari dan melompat di tepi gelanggang sampai ada yg sesak2 nafas dan separuh nafas ditepi padang walhal anak2 yg bertanding slamber  ajer…eheheheh.. ape2 pun saya tabik kagum lah dgn para2 ibu tersebut…tabik puan…  ;-)   masih jelas lagi dlm ingatan ni.. pada 1 ketika dulu time nak duduk exam UPSR, PMR, SPM… etc.. ibu2 kitalah yg tak lena tido, brdoa siang malam, buat kan air yasin dan penerang hati..suhnyer kita makan madu, kismis, tamar..dan klu buah dadu n buah dam tu pun leh kuatkan ingatan agaknyer itu pun disuruhnyer kita makan..ibu2 yg concerned siang malam mengingatkan kiter waktu belajar, solah, makan.etc..dia juga prihatin dgn ape subjek yg kt ambil..buku rujukan..tusyen kite..kokurikulum kite…smuanyer di Tanya detail mcm polis perncen..:-p..semakin hamper dihari peperiksaan kt dilayan bagaikan pemaisuri raja..ape saja yg kite tringin nak makan akan dimasaknya utk kite..kopi seteko? Apam balik? Pizza?  Laksa? Tomyam? Smua diturutkan..stiap lepas solah dia pasti akn buat solah2 hajat dan sunat yg lain agar kt lulus cemerlang..betapa suci murni dan kasihnyerkan ibu2 kite ni…sampai kite Berjaya menjadi siswa siswi Negara x kira didalam maupun luar Negara..sbb tulah bila hari penyerahan keputusan exam  atau konvo ibu kitalah yg paling happy dan havoc..pd saya x salah klu ibu kite nak ter’over’ ker, dia dah bersusah payah utk kiter..tak salah klu dia nak melompat smpai mencecah syiling pun..kite ‘pose’ tangkap gmbr dgn kwn pun.. ibu2 kite turut tumpang sekaki malah siapa yg terlebih sengih pada hari tu?.. bukan guru besar..guru kelas..bukan juga tukang kebun sekolah maupun makcik kantin…tp ibu2 kitelah kan…silap2 ada drama swasta separuh berat si ibu menangis lentok dibuatnya..huhuhuh…..;->  terkenang pula mase mula2 kt dihari pertama persekolahan tak kisah lah time tadika atau darjah satu kan..ibu2 setia menunggu anak2 dari awal sampai balik sekolah..diperhati lihatnyer kite dgn penuh kasih..tp saya tak derlah smpai ibu sy tunggu sy..ni sy cite ibu2 kwn sy tu dan sape2lah yg anak manjekan..kenang2lah blik u’all yg mana satu yg manje atau yg brutal mcm sy…huhuhh..ade tu kwn sy ni smpai yg terberak dan terkencing dlm seluar..ape yg ditakut sgt pun sy tak faham..ade yg berguling kesana sini..menangis sbagainya…tp ibu2 depa tetap tersenyun sabar dan tetap terus beri semangat,pelukan,dan kata2 sayang utk depa… klulah ibu saya..sy buat mcm tu habis dah digayangnyer sy..huhuhuhuhu.. bila terlalu duka pun ibu kite menangis..terlalu suka pun nangis..mcm tulah halusnya perasaan seorang wanita nikan…naluri keibuanlah katakan..rasa kasih kpd anak2 tu mengatasi segalanya.. kpd ibu yg ku cintai.. para2 ibu yg ku kagumi…dan bakal2 ibu… smoga kalian tetap terus memberi  sokongan yg padu, dorongan, doa, dan kasih sayang dlm membentuk insan2 generasi yg terbilang,gemilang dan berbakti kpd ibu bapa.agama,dan Negara.. terimakasih ibu dan para2 ibu… smoga Allah merahmati,memberkahti dan menyayangi kalian sebagaimana kalian menyayangi kami sejak kecil kami..Ameen…Rabbul alamin…